Sejarah Rocket Punch

Pra-debut

Juri ialah pelatih generasi ke-12 AKB48 melalui uji bakat pada tahun 2011. Dia diperkenalkan kepada orang ramai melalui AKB48 Team 4 pada bulan Mac 2012. Penampilan televisyen pertamanya di Korea adalah dalam rancangan realiti pada 2018, Produce 48. Suyun dan Sohee diperkenalkan kepada orang ramai sebagai pelatih yang mewakili Woollim Entertainment melalui Produce 48. Pada Mac 2019, Juri disahkan telah menandatangani kontrak dengan Woollim Entertainment untuk meneruskan kerjayanya di Korea dengan memulakan debutnya sebagai ahli kumpulan gadis baru syarikat itu.[4][5] Dua bulan kemudian, Juri secara rasmi lulus dari AKB48.[6] Pada 22 Julai, Woollim Entertainment mengeluarkan motion clip logo Rocket Punch dan terdapat spekulasi bahawa itulah adalah logo kumpulan gadis baru. Woollim Entertainment kemudian mengesahkannya dengan concept film yang dikeluarkan pada 23 Julai.[7] Dengan pengesahan itu, kumpulan enam ahli itu akan menjadi kumpulan kedua Woollim Entertainment selepas Lovelyz pada 2014.

2019: Debut dengan Pink Punch

Album mini Rocket Punch Pink Punch telah dikeluarkan pada 7 Ogos 2019, dengan "Bim Bam Bum" sebagai single utama.[8] Debut showcase telah diadakan di Yes24 Live Hall di Seoul, Korea Selatan, bersama-sama pengeluaran album mini mereka.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Rocket Punch http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/chart/onli... http://www.topstarnews.net/news/articleView.html?i... https://n.news.naver.com/entertain/article/016/000... https://n.news.naver.com/entertain/article/079/000... https://n.news.naver.com/entertain/article/109/000... https://n.news.naver.com/entertain/article/215/000... https://n.news.naver.com/entertain/article/421/000... https://n.news.naver.com/entertain/article/477/000...